Thursday, July 4, 2024

Creating liberating content

Melaka Tawar Lot Tanah...

AYER KEROH - Kerajaan Melaka menawarkan sebidang lot tanah dengan bayaran premium kepada...

“Mulakan Petisyen Kalau Tak...

WALAUPUN sudah tiga hari pengumuman lagu yang layak berentap di pentas akhir Anugerah...

Annuar Musa Garis Prinsip...

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa hari ini menggariskan...

Hentakan Objek Tumpul Di...

Johor Bahru : Polis mengesahkan punca kematian kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dipercayai...

Amaran Angin Kencang Timur Laut Sehingga Isnin

KUALA LUMPUR – Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) sehingga Isnin depan.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata cuaca yang sama turut dijangka berlaku di kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Reef South, Kuching, Palawan dan Labuan.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, jabatan itu juga mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dengan kelajuan 50 hingga 60 kmsj serta ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter sehingga Isnin depan.

“Ia dijangka berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang. Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” katanya.


Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Sulu bermula Khamis ini hingga Isnin depan.

Jabatan itu berkata keadaan itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori