Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Polis Trafik Boleh Saman...

ARAU - Anggota polis trafik boleh mengeluarkan saman terhadap individu yang melakukan kesalahan...

Dua Ditahan Berkaitan Tembakan...

ALOR SETAR - Dua lelaki tempatan ditahan polis semalam selepas disyaki terbabit dalam...

Hadi Fayyadh Sertai Fagiano...

KUALA LUMPUR - Penyerang skuad Bawah 19 Tahun (B-19) negara, Hadi Fayyadh Abdul...

Pasukan Polis Marin Tawau...

TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan 19 Pendatang Asing Tanpa Izin...

Ambil Pekerja Asing: Majikan Harus Bertanggungjawab

KUALA LUMPUR – Majikan yang mengambil tenaga kerja asing tidak boleh bersikap lepas tangan sebaliknya perlu mempunyai kaedah pengurusan pekerja yang lebih holistik bagi memastikan tidak timbul sebarang masalah membabitkan golongan itu di negara ini.

Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Dr Zaliha Hussin berkata tanpa pemantauan yang baik oleh majikan, pekerja asing mungkin berdepan pelbagai kesukaran selain terjebak dalam kancah gejala sosial.

“Antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh majikan contohnya memastikan pekerja diberi penempatan sesuai dan terancang serta lengkap dengan keperluan asas bagi memudahkan pemantauan di samping boleh mengelak masalah penempatan setinggan.

“Mereka juga haruslah memainkan peranan dengan mengenal pasti jumlah pekerja yang mereka perlukan supaya ia tidak melebihi keperluan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir pula berkata kerajaan tidak harus dipersalahkan dalam isu kemasukan pekerja asing ke negara ini kerana pengambilan mereka berdasarkan permintaan industri.

Namun, katanya pihak industri tidak wajar memikirkan keuntungan sendiri dengan menggaji pekerja asing kerana kos yang lebih murah berbanding mengambil pekerja tempatan kerana ia bukanlah penyelesaian terbaik untuk jangka panjang.

“Kalau kebergantungan kepada buruh asing itu berterusan, maknanya masalah kebanjiran pendatang asing ke negara ini dan isu pengangguran dalam kalangan warga tempatan tidak akan selesai,” katanya.

Kerajaan sebelum ini mencadangkan untuk membawa masuk tenaga kerja dari Bangladesh bagi memenuhi permintaan industri di negara ini yang mendapat bantahan dari pelbagai pihak.


Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing dari semua negara sumber sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar tenaga kerja oleh pihak industri.

Keputusan penangguhan tersebut dibuat setelah kerajaan Bangladesh meluluskan draf perjanjian memorandum persefahaman (MoU) berhubung penghantaran sebanyak 1.5 juta rakyatnya untuk bekerja di Malaysia.

Mengulas keputusan itu, Presiden Majlis Belia Selangor (MBS), Datuk Irmohizam Ibrahim berkata keputusan penangguhan pengambilan pekerja asing itu adalah langkah yang sangat proaktif.

“Susulan pengumuman ini, golongan belia harus merebut peluang yang ada bagi memenuhi kekosongan di sektor perkilangan, pembinaan, perkhidmatan, perladangan dan pertanian serta menghindarkan pemikiran terlalu memilih pekerjaan,” katanya.

Irmohizam berkata pihak majikan juga disarankan mengutamakan pekerja tempatan serta mengkaji semula skim gaji dan faedah tertentu bagi menarik rakyat tempatan bekerja di sektor-sektor yang dimonopoli oleh golongan pekerja asing.

“Keterbukaan majikan swasta dalam mengutamakan rakyat tempatan adalah satu usaha murni serta menunjukkan bahawa Malaysia boleh membangun dan menjadi sebuah negara maju tanpa mengimport pekerja asing,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]9Jp-m7Llllk[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori