Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ideas for Producing A...

Pupils usually locate the appropriate support which could provide a deserving help and...

Nad Zainal ‘Bengang’ Dituduh...

DILEMA ibu-ibu bekerjaya masih menyusu badan semestinya tentang kebajikan bayi mereka semasa mereka...

Penduduk Raikan Maal Hijrah...

BALING -  Penduduk Mukim Pulai di sini tampil berbeza dalam meraikan sambutan Hari...

Mufti Perlis Tuduh Ustaz...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin...

AMK Teruja Muhyiddin Seru Perjuangan Reformasi

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengalu-alukan seruan bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya rakyat Malaysia menyertai agenda reformasi.

Timbalan Ketuanya, Dr. Afif Bahardin berkata, tuntutan reformasi adalah perjuangan untuk menyaksikan perubahan kepimpinan berlaku di negara ini.

Afif turutu membayangkan seruan Muhyiddin itu akan membantu aspirasi Pakatan Harapan dan penyokongnya untuk menjatuhkan UMNO di Malaysia.

“Sudah tiba masanya pemimpin yang berjuang untuk merealisasikan tuntutan reformasi diangkat oleh setiap pihak untuk ditawarkan sebagai ganti kepada Perdana Menteri dan pemerintah sekarang.

“Pemimpin yang dipilih haruslah yang isitqamah kepada agenda perubahan yang dicita-citakan dan mampu memimpin dikala proses reformasi itu mengambil tempat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Muhyiddin selepas digantung jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO kelmarin bertindak menyerang partinya sendiri dengan mengeluarkan ayat berbaur hasutan supaya rakyat menyingkirkan UMNO.


Muhyiddin digantung daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO kerana tindak tanduknya yang bertentangan dengan kepentingan parti itu sejak beliau digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Beliau merupakan sekutu kepada kumpulan penentang dalaman UMNO yang dianggotai Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz untuk menumbangkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

DAP sebelum ini pernah mengumumkan parti itu akan mengadakan kerjasama dengan Muhyiddin untuk menjatuhkan kepimpinan UMNO demi kepentingan politik masing-masing. – mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • AMK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori