Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Alif Satar Dah Lama...

RUPA-RUPANYA penyanyi Alif Satar dah lama mengagumi kemerduan suara dimiliki vokalis Caliph Buskers, Azmi...

Malaysia Juara Keseluruhan Silat...

KUALA LUMPUR - Kehebatan kontinjen negara terbukti apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan...

Lelaki Ini Bangga Ada...

KISAH suami ini mencetuskan sensasi dalam kalangan netizen Thailand yang bukan sahaja terpana...

Bomba Lemas: Kabinet, Ahli...

KUALA LUMPUR - Menteri-menteri Kabinet dan ahli politik hari ini turut menzahirkan ucapan...

Anak Panda Dijangka Diberi Nama Menjelang Akhir Mac

KUALA LUMPUR – Menamakan anak panda tidak semudah disangka , meliputi proses teliti membabitkan kerajaan kedua-dua negara.

Sebab itu kenapa anak panda gergasi yang dilahirkan di Zoo Negara pada 18 Ogos tahun lepas masih belum diberikan nama.

Bagaimanapun, kita tidak lagi perlu menunggu lebih lama.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata anak panda itu dijangka diberikan nama menjelang akhir Mac depan.

Sebanyak 15 nama telah disenarai pendek daripada 22,830 penyertaan diterima bagi pertandingan “Menamakan Anak Panda Gergasi” yang berlangsung dari 17 Nov hingga 17 Dis tahun lepas, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata nama berkenaan disenarai pendek selepas menjalani “analisis pakar” terhadap semua nama dicadangkan.

Wan Junaidi berkata senarai nama yang telah disenarai pendek itu, diterimanya semalam, akan diserahkan kepada pihak berkuasa China dalam beberapa hari lagi bagi mendapatkan kelulusan mereka.


“Apabila senarai nama itu dikembalikan kepada kami, kementerian saya akan memilih nama yang kami fikir nama paling baik daripada senarai yang telah diluluskan itu. Saya kemudiannya akan mencadangkannya kepada Kabinet,” katanya.

Anak panda itu merupakan anak kepada pasangan panda gergasi, Xing Xing dan Liang Liang, yang dipinjamkan kepada Malaysia oleh China pada 21 Mei 2014 bersempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Sebuah Perodua Myvi bernilai RM50,000 menunggu pemenang pertandingan itu.

Namun anugerah paling berharga buat pemenang pastinya kejayaan sebagai individu yang menamakan panda itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]mdT5k3CwZ3Y[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • panda

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori