PEMAIN tenis No.1 Britain, Andy Murray menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya pada petang Ahad lalu.
Berita gembira itu dikongsikan nenek kepada bintang sukan itu, Shirle Erskine kepada BBC.
Walaupun sudah bergelar bapa, Andy akan meneruskan karier sukannya seperti biasa namun tetap meletakkan keutamaan kepada isteri, Kim Sears dan anaknya yang masih belum diberikan nama.
“Anak dan isteri saya lebih penting daripada tenis.
“Ia perubahan besar dalam hidup saya, namun saya masih tetap meminati tenis,” katanya. – MYNEWSHUB.CC