Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jupiter – Telefon Pintar...

NAMPAKNYA isu vape ataupun rokok elektronik adalah topik yang begitu kerap diperbualkan masyarakat...

Muhyiddin, Mukhriz Mungkin Sertai...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang...

Virus Zika Sudahpun Wujud...

KUALA LUMPUR - Pengesahan kes kedua jangkitan Zika, di Kota Kinabalu, Sabah, menunjukkan...

“Lain Kali Takde Duit...

SEJAK semalam menjadi tular menerusi laman Twitter memaparkan seorang pemandu Grab meluahkan rasa...

Anggota Polis Maut Kereta Peronda Terbabas

SANDAKAN – Seorang anggota polis maut dan seorang lagi cedera dalam nahas jalan raya selepas kereta peronda yang mereka naiki terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di KM33 Jalan Sandakan-Telupid, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain berkata pemandu kereta peronda polis jenis pacuan empat roda itu, Koperal Khairul Azmuddin Zulkiflie, 32, maut di tempat kejadian.

Katanya seorang lagi anggota polis, Sub-Inspektor Mohd Awang Abdulah, 56, turut cedera dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu dan menerima rawatan di Hospital Beluran.

Kedua-dua mangsa merupakan anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran.

“Siasatan awal mendapati kemalangan itu disebabkan terbabas sendiri lalu melanggar besi penghadang jalan.


“Siasatan juga mendapati tempat kejadian merupakan jalan lurus namun pemandangan gelap kerana kawasan berkenaan tidak dilengkapi lampu jalan,” katanya di sini hari ini.

Khairul Azmuddin yang berasal dari Kuala Lumpur, meninggalkan seorang isteri Maslina Ampong, guru tadika yang berasal dari Kampung Drum-Drum, Beluran. Pasangan itu mempunyai dua anak. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Rr4UBrTcfPo[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori