KUCHING – Walaupun terkilan tidak menerima bantuan luar, 542 penduduk di Kampung Semadang, Km 40 Jalan Puncak Borneo yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini berterima kasih kepada pasukan RELA kampung mereka.
Hujan mengakibatkan rumah 111 keluarga itu ditenggelami air dua hari, dua malam pada hujung minggu lalu sehingga terpaksa menumpang di rumah saudara-mara dan rakan.
“Tidak ada pasukan penyelamat yang datang membantu kami, namun kami bersyukur kerana anggota RELA Kampung Semadang bertindak pantas membantu kami berpindah ke tempat selamat,” kata seorang mangsa, Alas Bunan, 66. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]MCNrhHROrQk[/wpdevart_youtube]