Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pemangku Raja Kelantan Lawat...

SANDAKAN – Pemangku Raja Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra hari ini melawat...

Tengku Puteri Jihan Anggun...

KUALA LUMPUR – Busana warna putih gading yang disarung Tengku Puteri Jihan Azizah...

Menyamar Pelanggan ‘Beli’ TV,...

SEBUAH kedai mengalami kerugian £330 pound (RM1,835) setelah ditipu seorang lelaki yang menyamar...

Ancaman Kumpulan Abu Sayyaf...

KUALA LUMPUR – Ancaman Kumpulan Abu Sayyaf yang dipercayai berpangkalan di Jolo, Sulu...

Angin Kencang, Laut Bergelora Di Kelantan, T’ganu Hingga Selasa Depan

KUALA LUMPUR – Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (km/jam) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Kelantan dan Terengganu hari ini hingga Selasa depan.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Dalam satu kenyataan hari ini jabatan itu menyebut, kawasan pantai di Kelantan dan Terengganu turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut.

Sementara itu, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 km/jam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat).


Keadaan ini yang dijangka berterusan sehingga Selasa depan adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

“Kawasan pantai di Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut,” kata jabatan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori