Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Bantu Pendidikan Anak Bangsa

INI perihal sebelum pandemik Covid-19 melanda negara.Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Diperketatkan...

Siasatan Guru Besar Hilang...

KUALA LUMPUR - Siasatan kes kehilangan guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu,...

Mesyuarat EAC Bincang Maklum...

KUALA LUMPUR - Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) akan membincangkan maklum balas golongan...

Bekas PM Singapura Lee...

BEKAS Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dimasukkan ke hospital kerana pneumonia dan...

Angin Kencang, Laut Bergelora Sehingga Isnin

KUALA LUMPUR – Angin kencang Timur Laut berkelajuan 40 hingga 50km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Pantai Timur, Johor Timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat, Sabah mulai hari ini hingga Isnin.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata keadaan yang sama juga dijangka berlaku di kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Reef South, Kuching, Palawan dan Labuan.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, keadaan di kawasan perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang berubah daripada amaran kategori pertama dengan angin bertiup pada kelajuan 50 hingga 60km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori