Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Harga 800 Ubat Meningkat...

NEW DELHI – Pihak Berkuasa Harga Farmaseutikal Kebangsaan (NPPA) India memaklumkan bahawa harga...

“Saya Tak Patah Hati...

SEBELUM ini cukup hangat khabar bertebaran mendakwa penyampai radio Era, Radin mempunyai hubungan...

Penganggur Didakwa Bunuh Nenek

KOTA TINGGI - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini,...

Curi Coklat, Ibu 4...

KUALA LUMPUR - Seorang ibu empat anak dipenjara 14 hari dan denda RM200...

“Datuk Seri” Palsu: MB Perak Serah Polis Siasat Sepenuhnya

IPOH – Kerajaan Negeri Perak menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat isu penganugerahan pingat dan darjah kebesaran oleh pihak tidak diiktiraf di negeri itu.

Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir yakin isu berkenaan dapat diselesaikan menerusi siasatan polis.

“Kita biar polis menjalankan siasatan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Lin Hon Sing di Jelapang, di sini bersempena sambutan Tahun Baharu Cina hari ini.

Zambry mengulangi gesaan agar individu yang mendapat anugerah dengan gelaran ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ daripada pihak tidak diiktiraf itu agar tidak memakai gelaran berkenaan.

Pada Isnin, Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan menerusi satu kenyataan berkata polis Perak giat mengesan individu yang menerima pingat atau darjah kebesaran daripada pihak yang tidak diiktiraf kerajaan negeri Perak bagi membantu siasatan.


Hasnan meminta individu yang diperdaya atau ditipu dengan penganugerahan itu supaya tampil membuat laporan polis. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]0XrkyNGrqfw[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori