TAHNIAH diucapkan buat pelakon Nur Anzalna Mohd Nasir yang telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati, Mohamad Hanif Zaki, di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, pagi tadi.
Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Anzalna iaitu Prof Madya Dr Mohd Nasir Ibrahim dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Mohd Abdul Nasir Abdullah.
Aktres jelita itu  yang menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh daripada pengantin lelaki.
Pasangan sama cantik sama padan itu akan diraikan dalam dua majlis resepsi yang bakal berlangsung di Hotel Grand Hyatt dan Dewan Perdana Felda pada 27 Februari dan 3 April depan. – MYNEWSHUB.CC