Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video: Lamaran Pelawak Ditolak...

KEBIASAANNYA apabila seseorang artis atau sesiapa sahaja melamar teman wanitanya di hadapan orang...

Juruterbang Digantung Tugas, Aksi...

TERIMA padah. Seorang juruterbang British Airways (BA) telah digantung tugas selepas gambar-gambar yang memaparkan...

Ambil Anak Di Taska...

SHAH ALAM - Seorang lelaki berkongsi beberapa keping gambar di media sosial yang...

Tasha Manshahar Sah Isteri...

PENYANYI dan penyampai radio Zayan, Fahrur Raqib Abdul Majid atau dikenali dengan nama...

APMM P.Pinang Tahan 3 Nelayan Thailand

GEORGE TOWN – Tiga nelayan Thailand bersama sebuah bot nelayan tempatan ditahan di 13.7 batu nautika barat daya Pulau Kendi, dekat sini semalam.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 2 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang Laksamana Pertama Maritim Kamaruszaman Abu Hassan berkata ketika ditahan nelayan-nelayan itu sedang menangkap ikan di perairan negeri ini.

“Pemeriksaan kami mendapati bot pukat tunda kelas B itu telah melanggar syarat-syarat lesen menurut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu pemilik bot tidak mengusahakan sendiri dan menggunakan sepenuhnya nelayan asing,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata bot nelayan yang berpangkalan di Bagan Sungai Burung, Bagan Datoh di Perak itu dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Batu Maung di sini untuk siasatan.


“Semua hasil tangkapan ikan seberat 500 kilogram dan peralatan menangkap ikan dirampas, tiga nelayan asing berusia 41 hingga 43 tahun itu turut ditahan untuk membantu siasatan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori