NEW YORK – Apple Inc dikehendaki membayar VirnetX Holding Corp lebih AS$625 juta kerana menggunakan teknologi keselamatan internet yang sudah dipaten tanpa kebenaran dalam aplikasi FaceTime dan iMessage.
Keputusan tersebut dimaklumkan juri Mahkamah Persekutuan di Texas, Amerika Syarikat pada Rabu.
Pampasan itu lebih daripada AS$532 juta yang diminta VirnetX menjelang perbicaraan yang dijadualkan bermula pada 25 Januari ini.
Juri berkata, perbuatan Apple ternyata sengaja melanggar peraturan. – Reuters/BH ONLINE