KUALA LUMPUR – Bersempena sambutan Tahun Baharu Cina, Aquaria KLCC menganjurkan pelbagai acara istimewa untuk menyampaikan mesej mengenai pentingnya memulihara dan melindungi hidupan laut kepada orang ramai.
Menurut kenyataan Aquaria KLCC, acara ‘CNY Specials-Scuba Monkey King’ dan Tarian Singa Dalam Air diadakan dari 8 hingga 22 Feb ini.
“Tahun ini, bengkel pendidikan harian untuk kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun diadakan bagi menambah pengetahuan mereka tentang pentingnya monyet laut menerusi pengalaman penuh sensasi,” kata kenyataan itu.
Bengkel itu diadakan pada 2.30 petang setiap hari dari 4 hingga 14 Feb.
Aquaria KLCC juga menganjurkan pertunjukan memberi makan Scuba Monkey King buat julung kalinya di negara ini pada 12 tengah hari setiapm hari dari 8 hingga 22 Feb ini dan Tarian Singa Dalam Air pada 4 petang setiap hari mulai hari ini hingga 14 Feb dan dari 19 hingga 22 Feb.
Orang ramai juga berpeluang berhibur dengan acara ‘The Monkey King and Mascot Rocky Walkabouts’ pada 10.30 pagi dan 4 petang dari 6 hingga 14 Feb serta dari 20 hingga 21 Feb.
Acara ‘CNY Greetings by Asian Small-Clawed Otters’ pula akan diadakan pada 11.15 pagi dari 6 hingga 14 Feb serta dari 20 hingga 21 Feb.
Pakej keluarga Tahun Baharu Cina untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun berharga RM138 boleh dibeli melalui laman sesawang rasmi Aquaria KLCC www.aquariaklcc.com , yang ekslusif untuk pemegang MyKad dan MyKid. – BERNAMA