Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kerana Cemburu, Suami Tetak...

PERASAAN cemburu dan syak wasangka menjadi punca seorang lelaki tergamak menjadi pembunuh isterinya...

Terengganu Banjir, Rakyat Tak...

KUALA TERENGGANU - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu meminta orang ramai khususnya...

Buat Ujian Kendiri COVID-19...

PUTRAJAYA - Orang ramai yang ingin pulang ke kampung atau melakukan ziarah bertemu...

Awie Korban Cita-Cita Politik...

MELIHAT kepada kemeriahan suasana menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu ini, penyanyi,...

Arus Deras Sebabkan Kerang Terdampar Di Pantai Mempisang, Rompin

ROMPIN – Ombak kuat dan arus deras antara faktor berlakunya fenomena kerang naik ke darat yang menyaksikan hidupan laut itu terdampar di Pantai Mempisang, Tanjung Gemuk di sini sejak beberapa hari lepas, kata Pengarah Jabatan Perikanan Pahang Adnan Hussain.

Beliau berkata habitat kerang adalah di kawasan berlumpur dan pergerakan air pasang besar baru-baru ini menyebabkan kerang hanyut dan terdampar di pantai itu.

“Rompin bukanlah kawasan utama pendaratan kerang-kerangan di Malaysia. Namun, kerang-kerangan seperti kepah, kupang dan kerang terdapat secara semula jadi di kawasan Rompin cuma dalam kuantiti yang kecil,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.

Menurutnya pemerhatian jabatan itu mendapati kerang spesies Anadara Granosa muncul di Pantai Seringking, Pantai Mempisang hingga ke Pantai Tanjung Pahang.

“Kerang itu paling banyak mendarat di Pantai Mempisang,” katanya sambil menambah Jabatan Perikanan Pahang akan menganalisis sampel kerang berkenaan.

Dalam pada itu, Adnan menasihati orang ramai supaya mengambil kira faktor keselamatan diri semasa mengutip kerang terbabit.

“Ini untuk mengelak kejadian tidak diingini daripada berlaku berikutan ombak kuat yang sedang melanda pantai timur sekarang,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Pantai Teluk Mempisang di sini, hari ini mendapati jumlah kerang yang naik ke pantai itu berkurangan berbanding beberapa hari lepas.

Seorang penduduk, Nurul Zaikama Ismail, 53 dari Kampung Pianggu, berkata ribuan kerang terdampar di pantai itu sejak Selasa lepas menyebabkan ratusan penduduk termasuk dari luar daerah ini menyerbu pantai itu.

“Semalam, beratus-ratus orang datang untuk mencari kerang di sini sehingga keadaan di pantai ini bagaikan pesta.


“Ada yang dapat sehingga lebih 10 kilogram seorang. Tetapi hari ini, jumlahnya tidak sebanyak semalam,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya fenomena kerang terdampar di pantai itu memang sering berlaku di situ terutama selepas ombak besar.

Pada Disember lepas, penduduk di sekitar Rompin turut dikejutkan dengan kejadian kepah mendarat di sekitar Pantai Mempisang menyebabkan penduduk tempatan dan dari laur termasuk Johor membanjiri pantai itu untuk mengutip hidupan laut itu.

Nurul Zaikama berkata beliau sendiri memperoleh lebih 20 kilogram kepah pada Disember lepas.

Fauzimas Othman, 46, dari Tanjung Pahang pula berkata berkata isi kerang yang ditemui di Pantai Mempisang adalah lebih manis berbanding yang dibeli di pasar.

“Kulit juga lebih nipis berbanding kerang biasa. Cuma, bila kita hendak memasaknya ia perlu direndam terlebih dahulu untuk membuang pasirnya,” kata beliau.

Sehingga petang ini, orang ramai masih berpusu-pusu ke Pantai Mempisang untuk mencari hidupan laut itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]dOzTYBe0_AQ[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori