Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Resepi Cekodok Pisang Yang...

Apabila cuaca mendung begini, ingatan penulis merewang ke zaman kanak-kanak ketika ibu rajin...

Projek Mega DAP Di...

KUCHING - Sebanyak RM305 juta sudah diserah kepada sebuah syarikat, namun Kementerian Kerja...

Lima Penyamun Kena Cekup

Bukit Mertajam - Lima lelaki berusia 24 hingga 32 tahun dicekup polis di...

Hah..! Penggemar Ais Krim...

KALAU ditanyakan apakah makanan yang menjadi fenomena sekarang, pastinya hampir kesemua jawapan terarah...

Ayam Belanda Ini Naik Pesawat Kerana Ada Tugas Penting

SAN FRANCISCO – Seorang penumpang terkejut apabila melihat seekor ayam belanda berjalan terkedek-kedek melalui pemeriksaan di lapangan terbang San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu.

Menurut laporan The Daily Mail, ayam itu kelihatan sedang menunggu pemiliknya mengambil barangannya di tempat pemeriksaan bagasi. Gambar itu dimuat naik menerusi Facebook oleh wartawan KTVU, Frank Somerville.

Beliau menjelaskan, ayam belanda tersebut merupakan haiwan peliharaan wanita itu yang didakwa membawa ketenangan kepadanya atau disebut sebagai ‘comfort animal’ (haiwan pendamping), setelah kematian suami.

Haiwan itu menemani wanita tersebut ke mana-mana sahaja, malah beliau juga sanggup tidur ditemani ayam belanda berkenaan termasuk dibenarkan untuk menaiki pesawat bersama-sama dengan ‘haiwan pendamping’.

Namun Somerville dipetik oleh The Daily Mail sebagai berkata, pengecualian istimewa tersebut hanya diberi sekiranya anda mempunyai dokumen yang sah dikeluarkan oleh ahli kesihatan mental profesional di AS.

“Ada peraturan tertentu. Sebaik sahaja berada dalam pesawat, ia dilarang berjalan dan juga tidak dibenarkan sekat laluan antara tempat duduk pesawat atau diletakkan di tempat duduk berhampiran pintu keluar kecemasan.

“Mungkin mudah untuk mentertawakan tindakan wanita ini. Tapi saya sudah saksikan begitu banyak perkara yang mungkin aneh bagi saya, tetapi dianggap normal untuk orang lain,” katanya dalam catatan di Facebooknya.


Menurut The Daily Mail, ini bukan kali pertama ayam belanda dibawa menemani pemiliknya menaiki pesawat kerana hanya beberapa minggu lalu, gambar-gambar seekor ayam belanda menaiki pesawat Delta Airlines dipetik.

Burung tersebut dikesan menemani seorang penumpang wanita muda, Jodie Smalley dalam perjalanan dari Tacoma-Seattle, Washington ke Salt Lake City di Utah yang berjarak penerbangan sejauh 1,115 kilometer.

Sebenarnya, menurut Somerville, banyak lagi haiwan jinak selain ayam belanda dilihat pernah menemani pemilik mereka sendiri dalam pesawat domestik di AS, termasuk antaranya babi, kuda kecil, kucing dan anjing.

Bulan lalu, The Daily Mail melaporkan tentang seorang penumpang bernama Megan Peabody yang menaiki pesawat ke seluruh dunia bersama babi peliharaannya, Hamlet, yang juga ‘haiwan pendamping’ beliau.

Di AS, di bawah peraturan Akta Akses Pesawat, penumpang dibenarkan membawa haiwan mereka menaiki pesawat tanpa bayaran berlebihan, hanya jika mereka tidak dapat berfungsi tanpa ‘sokongan’ haiwan itu.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Kecoh 4 Penumpang Qantas Diberi Makan Daun?

Juga: Singapura Nafi Kentut Kambing Punca Pesawat Cemas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori