Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

SANTAI : Video Lagu...

Tahukah anda? penyanyi terkenal di Bollywood, Lata Mangeshkar pernah menyanyikan sebuah lagu dalam...

Perincian Kenaikan Gaji Penjawat...

PUTRAJAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan perincian kenaikan gaji...

Hidup Semula Laluan Sutera

Teheran - Televisyen kebangsaan Iran melaporkan, kereta api komersial China pertama tiba di...

Aliran Trafik Di Lebuhraya...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan lancar setakat 5...

Banjir Di Sarawak Pulih, Semua Pusat Pemindahan Ditutup

KUCHING – Banjir yang melanda beberapa tempat di Bahagian Kuching dan Serian sejak hujung minggu lepas pulih sepenuhnya hari ini apabila pusat pemindahan terakhir di Dewan Kampung Kanawit, Serian ditutup.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata ia ditutup selepas mangsa seramai 18 orang daripada lima keluarga dibenar pulang ke rumah masing-masing.

Beliau berkata pihaknya tidak lagi menerima sebarang maklumat mengenai banjir di sebarang kawasan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam menguruskan operasi pemindahan serta pemberian bantuan kepada mangsa.


Banjir di dua bahagian itu bermula sejak hujung minggu lepas yang berpunca daripada hujan lebat selama beberapa hari yang bertembung dengan kejadian air pasang besar.

Semalam Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah berkata pihaknya membelanjakan RM569,310 untuk menyediakan bekalan makanan kepada 8,930 mangsa banjir. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Fb-c4a4L-54[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori