Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Israel Bina Tembok ‘Apartheid’...

ZALIM... Sebuah lebuh raya baharu yang pisah laluan antara Palestin dan Israel dengan...

Individu Positif Covid-19 Tak...

KUALA LUMPUR - Pesakit Covid-19 yang menerima rawatan di hospital tidak dibenarkan keluar...

Polisi Kerajaan Perlu Galak...

PUTRAJAYA - Polisi kerajaan perlu membayangkan dan menggalakkan penglibatan meluas rakyat untuk memupuk...

800 Syarikat Kawalan Keselamatan...

PETALING JAYA – Sebanyak 800 syarikat kawalan keselamatan yang berdaftar dengan Persatuan Industri...

Bantuan Untuk Pelajar Miskin Bumiputera Diteruskan – MARA

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan terus menyediakan bantuan pelajaran kepada pelajar miskin bumiputera bagi melanjutkan pengajian di institusi pendidikan MARA (IPMa).

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, MARA bagaimanapun sedang melaksanakan pengubahsuaian terhadap program penajaan selaras dengan perkembangan semasa.

“Pelajar dari golongan miskin layak dipertimbangkan untuk mendapat bantuan penuh daripada MARA,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Annuar berkata, pelajar IPMa bagi sesi kemasukan Julai dan September 2016 akan disalurkan penajaan pelajaran daripada MARA dalam masa terdekat.

Katanya, pelajar bagi sesi kemasukan Januari 2016 pula sedang diuruskan oleh MARA dan dijangka dimumumkan pada MAC 2016.


Tambah beliau, MARA komited dalam menaga pelajar miskin bumiputera dan pada masa ini, lebih 75,000 pelajar di dalam dan luar negara mendapat tajaan daripada MARA.

“Mereka dalam pelbagai peringkat pengajian yang strategik seperti Persediaan, Foundation A-Level, International Baccalaureate (IB), Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Sarjana dan PHD,” katanya. – Mynewshub.cc

 

[wpdevart_youtube]u8OaqrL53LM[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori