Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Batu Puteh: Bantahan Lantikan...

KUALA LUMPUR - Sebarang bantahan mengenai kedudukan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai...

Wang Tunai RM19,000 Menanti...

HADIAH berjumlah RM19,000 jadi rebutan peserta Jelajah Pancing Kuala Lumpur 2018 (Siri 8)...

Alami Keguguran, Ika Nabella...

PELAKON Ika Nabella mendapat berita duka apabila kandungannya yang sudah mencecah dua bulan...

Cadangan Bina Pondok Polis...

SIBU - Satu kertas kerja berhubung penubuhan pondok polis marin di Empangan Bakun...

Bapa Dato Fazley Yaakob Meninggal Dunia

TAKZIAH diucapkan buat Dato Fazley Yaakob dan keluarga di atas pemergian bapa beliau, Datuk Yaakob Mohammad, yang telah meninggal dunia, awal pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital KPJ Damansara akibat penyakit komplikasi paru-paru.

Perkongsian berita sedih itu disampaikan sendiri selebriti chef terkenal itu menerusi laman Instagram miliknya.

“Terima kasih buat semua ahli keluarga jauh dan dekat, rakan taulan lama dan baharu, serta mereka yang pernah dan masih mengenali arwah ayahanda saya selama ini.

“Mohon maaf jika ada salah dan silap beliau, sekiranya ada terkasar bahasa dan perbuatan selama tempoh anda pernah bersama beliau, mohon dihalalkan makan minum beliau juga. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan roh beliau,” tulis pemilik kafe Suka Sucre Bistro itu.

Difahamkan jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur sebaik selesai dimandi dan dikafankan di Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar. – MYNEWSHUB.CC


TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori