Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Leicester Boleh, Kelantan Pun...

KUALA LUMPUR - Kejayaan Leicester City memenangi Liga Perdana Inggeris menjadi inspirasi buat...

Diskaun Tol 10% L/raya...

PUTRAJAYA - Diskaun tol 10 peratus diberikan di Lebuhraya Maju (MEX) bersempena sambutan...

Masih Ramai Terpedaya Skim...

KUALA LUMPUR - Masih ramai rakyat di negara ini percaya dan terpedaya dengan...

EXCO Tak Tahu Di...

KUALA LUMPUR : Seorang EXCO Terengganu hari ini memaklumkan beliau tidak mempunyai maklumat...

Bekalan Air Di Pulau Pinang Berada Di Paras Stabil – PBAPP

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga walaupun bekalan air di negeri ini berada pada paras stabil berikutan fenomena ‘Super El Nino’.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Jaseni Maidinsa berkata kapasiti air di beberapa empangan utama di Pulau Pinang berada pada ‘tahap sihat’ iaitu 85.3 peratus di empangan Air Itam dan 79.1 peratus di empangan Teluk Bahang setakat 16 Feb lepas.

Menerusi kenyataannya hari ini, Jaseni berkata semalam paras air di Sungai Muda berada pada 2.83 meter.

Bagaimanapun, Jaseni berkata PBAPP sentiasa mencari peluang bekerjasama dengan pengguna supaya mengurangkan penggunaan air bagi memastikan kelestarian bekalan air di negeri ini.

“Walaupun taburan hujan membantu menambah rizab air di empangan yang surut akibat proses penyejatan selain mengimbangi semula peningkatan penggunaan air ketika cuaca panas, namun jangan ambil mudah perkara ini.


“Kita mesti memastikan kesemua empangan mampu menyimpan air lebih daripada paras mencukupi sehingga April ini,” katanya.

Menurut Jaseni, PBAPP akan merawat air dari Sungai Muda di Loji Rawatan Air Sungai Dua bagi mengurangkan kebergantungan kepada air rizab kemarau yang disimpan di empangan Air Itam dan Teluk Bahang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori