Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

MCA Tak Janggal UMNO...

KUALA LUMPUR – MCA tidak merasakan penggabungan UMNO dan PAS dalam agenda penyatuan...

RUU 355: CEO IKSIM...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)...

Sekolah Jadi Pusat Mengundi...

PORT DICKSON - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjangkakan bilangan sekolah yang akan dijadikan...

7 Individu Ditahan Bantu...

KUALA LUMPUR - Tujuh individu ditahan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang...

Bekas Eksekutif Jualan Barang Kemas Didenda RM300,000 Kerana Rasuah

KUALA LUMPUR – Seorang bekas eksekutif jualan barang kemas mengaku salah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini hari ini atas lapan pertuduhan menerima rasuah dalam bentuk berlian dan wang tunai RM167,087.

Rasuah itu diterima daripada sebuah syarikat pembekal batu permata tiga tahun lalu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan media memberitahu, tertuduh, Lai Siew Moy, 46, dijatuhi hukuman denda RM300,000 dan penjara sehari bagi setiap satu pertuduhan.

“Hakim juga menetapkan hukuman penjara dijalankan secara serentak. Dia dituduh melakukan kesalahan tersebut pada pertengahan November 2015, tetapi tertuduh tidak mengaku salah.

“Sebaliknya mengaku salah hari ini yang sepatutnya hari pertama perbicaraan. Mahkamah turut mengarahkan supaya seutas gelang tangan berlian dan dua butir berlian bernilai RM88,000 yang diambil sebelum ini dipulangkan semula kepada Elegance Club (M) Sdn. Bhd.” kata SPRM.


Menurut SPRM, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maskimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan.

Kata SPRM, tertuduh didakwa menerima rasuah dalam bentuk wang tunai berjumlah RM78,666 dan berlian bernilai RM88,421 daripada pemilik syarikat pembekal, Niket Maheskumar Parikh secara berperingkat-peringkat melalui akaun milik suami tertuduh, Peter Wong Chee Seng.

“Kesalahan itu didakwa dilakukan diantara 23 November 2012 dan 26 Oktober 2013 di CIMB Bank Bhd di KL Sentral, Kuala Lumpur dan pejabat Elegance Club di Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur,” kata SPRM. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori