BEKAS suami Yatt Hamzah, Abdul Mutalib memberitahu dia sebenarnya sudah memaafkan bekas isterinya itu dan berharap rumahtangga baharu yang bakal didirikan oleh Yatt kekal bahagia selamanya.
Mengikut perjanjian mereka sewaktu bercerai dahulu, jika Yatt menjumpai pengganti, maka hak penjagaan anaknya bakal menjadi milik Abdul Mutalib sepenuhnya.
“Jujur saya katakan, saya gembira dia sudah ada pengganti, kerana ada orang boleh jaga dia. Saya tak tasa sedih pun mengenai hal ini.
“Saya akan dapat hak penjagaan penuh penuh terhadap anak kami, Nia. Ini janji kami sewaktu cerai dulu. Sebelum ni, saya hanya bersama Nia pada minggu pertama dan ketiga sahaja,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.
Mutalib mengakui bahawa dia masih belum terfikir untuk cari pengganti dalam hidupnya, dan dia juga tidak akan hadir ke majlis pernikahan bekas isterinya itu yang diadakan sama dengan sambutan hari lahir anaknya. – MYNEWSHUB.CC