Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

88 Peratus Wilayah Gaza...

GAZA - Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) mendedahkan lebih 88 peratus wilayah...

KBS Bawa Kumpulan K-Pop,...

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan bahawa...

Status Pendaftaran Bot Catamaran...

KOTA KINABALU - Status pendaftaran bot jenis Catamaran, yang karam ketika membawa 31...

Gaji Hazard RM2.1 Juta...

MADRID – Real Madrid memperkenalkan bintang Belgium, Eden Hazard di Stadium Santiago Bernabeu...

Budak 12 Tahun Kahwin Lelaki Tua Kejutkan Ramai

BEIRUT – Seorang budak perempuan berusia 12 tahun telah menggemparkan ramai selepas gambarnya berpakaian gaun pengantin dan mengahwini seorang lelaki tua, tersebar luas.

Visual mengejutkan tersebut malah menunjukkan suaminya, yang kelihatan lebih empat dekad tua daripada usia budak kecil terbabit berpaut mesra pada tubuh kecilnya.

Video itu berjaya dirakamkan di sekitar Lubnan dan telah mencetuskan kejutan hebat kepada masyarakat antarabangsa.

Bagaimanapun nasib baik budak berkenaan dan pengantin lelaki itu sebenarnya hanyalah berlakon.

Ia dirakamkan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa beribu-ribu kanak-kanak di Lubnan, Syria waima seluruh dunia telah terlibat dalam perkahwinan paksa.


Hampir 15 juta kanak-kanak semuda lapan tahun telah dipaksa berkahwin dengan lelaki berusia antara 60-an hingga 70-an.

Menurut data penduduk keluaran Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), seramai 1.2 bilion kanak-kanak perempuan dijangka dipaksa berkahwin pada 2050.

Lubnan kini telah memperkenalkan peraturan baharu yang diharapkannya dapat diluluskan Parlimen untuk membolehkan semua perkahwinan didaftarkan secara sivil. – Mynewshub.cc

Baca: Tok Kadi Antara 6 Dicekup Nikah Budak 6 Tahun

Juga: 10 Perkara Paling Best Bila Kahwin Muda…

Lagi: Kisah Pasangan Kahwin Muda Viral Di Internet

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori