KUALA LUMPUR – Tiga pelajar sekolah menengah dibebas dengan jaminan selepas dipercayai terlibat membelasah seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah berasrama penuh.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, selepas memperoleh kebenaran dari penjaga, tiga pelajar berusia 15 tahun itu dibawa sendiri oleh guru penolong kanan sekolah tersebut kira-kira jam 2 petang, Ahad lalu.
Menurutnya, selepas keterangan diambil, ketiga-tiga pelajar ini dibebas dengan jaminan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,†katanya kepada Sinar Harian.
Semalam, Sinar Harian melaporkan, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan dua terpaksa menerima lapan jahitan di bibir akibat dibelasah bertubi-tubi dengan kasut oleh tiga pelajar senior, dalam kejadian awal pagi Sabtu lalu.
Mangsa dibelasah tiga pelajar senior terbabit ketika semua pelajar lain sedang tidur di asrama masing-masing.
Dalam kejadian tersebut, mangsa didakwa dipaksa diam sebelum dipukul, ditendang dan ditumbuk bertubi-tubi termasuk menggunakan kasut di lokasi berhampiran.
Bagi mengelakkan kejadian tersebut diketahui pihak sekolah, mangsa yang kemudiannya disuruh pulang ke asrama diugut supaya tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapa jika tidak mahu dipukul lagi. – Sinar Harian Online
Some common types of rashes experienced by patients receiving treatment include 36 hour cialis online Elnashar 2006