Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kejohanan Dunia Dan Asia...

NILAI – Selepas kejayaan memberangsangkan di Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang, tumpuan jaguh berbasikal...

Pintu Pesawat Terbuka Ketika...

SEKUMPULAN pemain kelab bola sepak Argentina berdepan detik cemas apabila pintu pesawat ringan...

Kerajaan Peruntuk RM1.2b Tambah...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) disediakan peruntukan berjumlah RM1.2...

Penting Miliki Peraturan Sesuai...

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu memiliki peraturan yang sesuai untuk menjimat air menerusi...

Cucu Tak Ambil SPM Mahu Jaga Datuk, Nenek

KUALA KETIL – Seorang cucu di Kedah yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun mengambil keputusan untuk berhenti belajar kerana mahu menjaga datuk dan nenek angkatnya.

Nor Alia Mohd. Lutfi, 17; yang tinggal dengan datuknya Othman Yahya, 85; dan neneknya Wan Hasnah Abdul Rahman, 57; sejak lahir berkata kedua-duanya memerlukan orang untuk menjaga mereka yang sudah tua dan turut menghidap pelbagai penyakit.

Wan Hasnah terlantar sejak November tahun lalu akibat menghidap kencing manis dan sakit buah pinggang manakala Othman kerana sakit tua.

“Saya kasihan melihat keadaan mereka yang memerlukan seseorang untuk menjaga,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dia berkata neneknya perlu berulang-alik 12 kali dalam sebulan ke sebuah pusat dialisis dan terpaksa mengupah orang untuk mengangkat dan menghantarnya membuat rawatan.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Azeez Abd Rahim yang melawat pasangan itu berjanji untuk memberi sumbangan RM700 sebulan.


Beliau juga berkata beliau akan memastikan Nor Alia dapat bersekolah semula.

Pihak yang ingin menyalur bantuan boleh menghubungi Nor Alia melalui talian 013-5384375 atau akaun Bank Simpanan Nasional milik Othman 02126-29-83139253-0. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori