Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Waytha Moorthy Saman Fitnah...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy memfailkan saman...

Backpack Kid Saman Pencipta...

TIGA penari mengambil keputusan untuk menyaman pencipta permainan video Fortnite atas dakwaan perlanggaran...

Tok Mat Minta Pengundi...

PETALING JAYA - Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru pengundi di...

Mengapa Mulut Sanusi Longkang...

Apakah ini cerminan pemimpin-pemimpin yang PAS ada selepas berakhirnya era Allahyarham Tuan Guru...

DAP Guna Kaedah Psikologi Pujuk Ahli UMNO Sabotaj Parti

KUALA LUMPUR – DAP memulakan pendekatan baharu dalam usahanya menjatuhkan UMNO dari dalam selepas gagal mengambil kesempatan daripada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Ke-69 untuk memusnahkan parti terbesar kaum Melayu itu pada Disember tahun lalu.

Jika sebelum ini DAP menggunakan kaedah memujuk ahli dan penyokong UMNO supaya menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam PAU 2015, kali ini parti cauvanis itu cuba menggunakan pendekatan psikologi pula.

Pendekatan psikologi oleh DAP itu bermula hari ini dengan rayuan Penasihatnya, Lim Kit Siang kepada ahli dan penyokong UMNO supaya membiarkan parti itu tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Kit Siang mendakwa kekalahan UMNO dalam PRU akan datang bakal memberi manfaat yang sangat besar kepada parti itu dalam jangka masa panjang.

“Saya setuju dengan pandangan wartawan veteran wartawan, A.Kadir Jasin bahawa kekalahan UMNO dalam PRU akan datang adalah baik untuk UMNO. Kekalahan UMNO dalam PRU14 perkara yang baik untuk UMNO kerana dapat memperbaharui parti UMNO.

“Adakah UMNO akan berakhir jika tewas dalam PRU14? Saya tidak percaya begitu. Saya tidak percaya UMNO akan mati dan tidak boleh kembali pulih andai tewas dalam PRU14,” katanya dalam nada menghasut hari ini.

DAP turut bermain psikologi apabila menghasut ahli dan penyokong UMNO supaya percaya kononnya Malaysia tidak boleh dianggap sebagai sebuah negara demokrasi kerana masih diperintah oleh UMNO dan parti komponennya dalam Barisan Nasional (BN) sejak merdeka.


Kit Siang pada tahun lalu berusaha memujuk ahli dan penyokong UMNO supaya menjatuhkan Perdana Menteri dalam PAU Ke-69 dengan menawarkan kerjasama kepada mana-mana ahli dan penyokong UMNO selepas Najib dijatuhkan.

Beliau pada pada 27 November 2015 berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) turut bersedia untuk mengadakan kerjasama tersebut dengan tiga juta ahli UMNO dan 21,000 UMNO Cawangan.

Selepas usaha itu gagal, DAP pada 6 Januari lalu mengumumkan Pakatan Harapan yang didominasi parti itu akan tetap memastikan kira-kira 3 juta ahli UMNO berpaling tadah dalam PRU14 bagi memberi kemenangan kepada parti pembangkang.

“Cabaran paling besar Pakatan Harapan dalam PRU14 adalah menyantuni tiga juta ahli UMNO supaya bersama-sama pembangkang menjatuhkan Presiden UMNO. Najib tidak akan dapat `membeli’ sokongan seramai 3 Juta ahli UMNO dan 21,000 Cawangan UMNO,” tegas DAP. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]CQdFeYr7p2Q[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • DAP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori