Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

ADUN BN Didesak Sembah...

PADANG BESAR - Sekumpulan ketua UMNO cawangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuping...

Polis Bahagian Cawangan Khas...

GEORGE TOWN - Seorang anggota polis dari Cawangan Khas ditemukan mati di hadapan...

Penterjemah 24 Jam Bantu...

JEMAAH haji tidak akan alami masalah untuk faham bahasa Arab kerana adanya pasukan...

Anonymous Malaysia Ancam Bom...

TERTUMPAS sudah tiga individu yang dikenali sebagai Anonymous Malaysia yang dipercayai terbabit dalam memuat...

DAP Pertahan Tindakan Guan Eng Pecat Dua ADUN PKR

KUALA LUMPUR – “Tiada ahli politik yang sempurna,” kata Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching mewakili partinya hari ini.

Justeru, dakwa beliau, tidak wajar untuk mana-mana pihak mengkritik tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memecat dua wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada jawatan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) di Pulau Pinang.

Beliau memberi contoh kritikan yang dilemparkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak ke atas Pakatan Harapan berikutan isu tersebut.

“Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata penyingkiran dua ADUN PKR oleh Guan Eng itu menunjukkan sebenarnya tiada kesepakatan dalam Pakatan Harapan.

“Mengapa penyingkiran pengarah dalam GLC memerlukan kata sepakat dalam kalangan parti-parti komponen Pakatan Harapan [PKR dan Parti Amanah Negara (PAN)]?” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kelmarin, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Alu selaku Menteri Besar Selangor membantah perbuatan Guan Eng memecat dua wakil rakyat PKR yang bersikap berkecuali semasa mengundi usul penambakan tanah dalam persidangan DUN Pulau Pinang.

Guan Eng menempelak tindakan Mohamed Azmin dengan mempersoalkan mengapa Menteri Besar Selangor itu mahu mencampuri urusan kerajaan Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP.


“Pernahkah anda melihat saya mengulas mengenai hal ehwal negeri lain yang ditadbir oleh pakatan?” soal Guan Eng kepada pihak media semalam.

Nie Ching dalam pada itu membangkitkan penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Tun Mahahthir sebagai Menteri Besar Kedah untuk menghalalkan tindakan Guan Eng memecat ADUN PKR berkenaan.

Cubaan beliau menyamakan tindakan Guan Eng dengan kes jawatan Menteri Besar Kedah bagaimanapun tidak berasas kerana Mukhriz bukan dipecat sebaliknya diminta meletak jawatan.

Mukhriz diminta meletak jawatan oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah, bukan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas beliau didapati tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori