Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kesukarelawan Mampu Bentuk Jati...

NILAI – Budaya kesukarelawan dalam kalangan generasi muda perlu diperhebatkan kerana ia mampu...

Kastam Bakal Ambil Tindakan...

KOTA TINGGI - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan mengambil tindakan terhadap penyebar...

Intip Telefon Suami Boleh...

MUNGKIN jadi lumrah apabila mempunyai pasangan, kita pasti akan 'mengintip' telefon bimbit mereka. Bukannya...

23 GRO Rakyat Asing...

BUKIT MERTAJAM - Sebanyak 23 wanita pelayan pelanggan (GRO) rakyat asing ditahan dalam...

DCA Tidak Terima Permohonan Permit, Lesen Daripada Bayu Air

PUTRAJAYA – Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak menerima sebarang permohonan sama ada bagi permit mahupun lesen untuk beroperasi daripada syarikat penerbangan Bayu Air setakat ini.

Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata pihaknya kesal dengan tindakan Bayu Air kerana telah membuat pengumuman berhubungan permulaan operasi penerbangan mereka Ogos ini, sebelum memohon dan mendapat kelulusan yang diperlukan daripada pihak berkuasa.

“Syarikat penerbangan baharu yang ingin menjalankan penerbangan berjadual atau tidak berjadual perlu mengemukakan permohonan untuk permit dan lesen terlebih dahulu kepada Kementerian Pengangkutan dan DCA sebelum membuat apa-apa pengumuman mengenai operasi mereka.

“Ini sepertimana yang terkandung dalam Peraturan 10 dan 17 di bawah Peraturan Penerbangan Awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azharuddin berkata DCA juga telah berhubung dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berhubung perkara ini.


“Kami telah dimaklumkan bahawa KPDNKK tiada sebarang pengetahuan berhubung ketidakpatuhan syarikat itu dan tidak pernah mengeluarkan sebarang sokongan rasmi terhadap syarikat penerbangan tersebut,” katanya.

Beliau berkata semua syarikat penerbangan digesa untuk mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan di bawah Akta Penerbangan Awam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori