DAHSYAT… Seorang tukang cuci didapati telah berjaya mencuri 1,000 helai pakaian dalam wanita yang bernilai £18,000 (RM105,600) dari sebuah butik terkenal di London, Britain.
Tertuduh, Pablo Munoz melakukan kesalahan itu di butik Victoria’s Secret yang terletak di West End. Namun dia terlepas daripada dikenakan penjara sebaliknya dijatuhi hukuman melakukan khidmat komuniti selama 250 jam.
Munoz dituduh melakukan kegiatan mencuri seluar dalam wanita di dalam sebuah bilik persalinan yang dipenuhi dengan ‘pakaian’ yang telah dicuba oleh pelanggan tetapi mereka tidak berhajat untuk membelinya.
Tertuduh yang berusia 47 tahun ini tinggal di Stockwell, selatan London. Dia disyaki melakukan kegiatan keji ini hampir 3 tahun namun bebas daripada dikenakan hukuman penjara kerana kegiatan itu dianggap ‘suka-suka’.
Kegiatan peliknya itu terbongkar apabila pengurus butik tersebut mengarahkan Munoz untuk menanggalkan seluarnya apabila mendapati beberapa helai seluar dalam wanita terkeluar dari seluar yang dipakainya.
Beliau kemudian mendapati Munoz turut mengenakan beberapa helai seluar dalam wanita di sebalik seluarnya itu.
Menurut pendakwa raya Obi Mgbokwere, pada 15 September 2015, tertuduh bekerja sebagai tukang sapu bertaraf kontrak di butik berkenaan setelah sekian lama.
“Munoz dilihat memasuki bilik persalinan yang mempunyai bakul untuk diletakkan seluar dalam yang dicuba oleh pelanggan sebelum dikembalikan di rak jualan sebanyak lima kali dalam selang waktu yang berbeza,” jelasnya.
Tindak-tanduknya itu telah diperhatikan oleh seorang kakitangan lain (pengawal keselamatan) setelah melihat Munoz meninggalkan bilik persalinan dan mendapati sehelai seluar dalam terkeluar dari kaki seluarnya.
Pengawal terbabit melaporkan kejadian itu kepada pengurus kawalan supaya gerak-geri Munoz diperhatikan melalui kamera litar tertutup pada keesokkan harinya.
Pengurus terbabit telah memanggil Munoz ke pejabatnya untuk mendapatkan penjelasan, sebelum mengosongkan saku seluarnya untuk mendapatkan kembali seluar-seluar dalam yang telah dicuri.
Polis kemudian telah pergi ke rumah Munoz sebelum menemui selonggok pakaian dalam wanita yang dicurinya dan dipercayai untuk dijual di pasaran gelap. – MYNEWSHUB.CC
Baca: Misteri Puluhan Seluar Dalam Wanita Dilekat Kondom
Juga: Victoria’s Secret Akur Kena Ubah Slogan Seksis
Lagi: Jadi Pencuri Sebab Ketagih Bau Seluar Dalam Wanita
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=srURM697YEs]