Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

ADUN DAP Keluar Parti...

PUTRAJAYA - Peletakan jawatan empat wakil rakyat DAP Melaka merupakan satu pengajaran kepada...

Jong-Un Umum Henti Ujian...

SEOUL - Semua ujian nuklear dan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) tidak...

Tiga Angkasawan China Kembali...

BEIJING: Tiga angkasawan China yang bertugas di stesen angkasa negara itu kembali dengan...

Jangan Usik Famili Saya,...

PELAKON Faye Kusairi bertindak memuat naik gambar anak lelaki bersama dua anak tirinya...

Denggi: Jangan Jadikan Cuti Perayaan Alasan Tangguh Jumpa Doktor

GEORGETOWN – Orang ramai dinasihatkan segera mendapatkan rawatan jika mempunyai simptom demam denggi dan tidak menjadikan cuti perayaan sempena Tahun Baru Cina sebagai alasan untuk tidak berjumpa doktor.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata demam denggi pada masa kini sangat berbahaya kerana terdapat kes pesakit yang disahkan menghidap denggi, meninggal dalam tempoh kurang lima hari.

“Bulan pertama tahun ini sahaja, lapan orang disahkan meninggal dunia kerana denggi dan jumlah ini sangat menakutkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Projek Taman Kejiranan Air Putih (Taman Cantik) dekat sini hari ini.

Lim berkata kerajaan negeri akan meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam mengawal demam denggi, dan mengingatkan orang ramai agar memastikan kawasan tempat tinggal bersih dan tidak mempunyai tempat pembiakan jentik-jentik.


“Kita sangat pandang serius perkara ini kerana ia melibatkan nyawa…sebelum ini (Disember), difahamkan hanya dua yang meninggal akibat denggi, tetapi kini jumlahnya meningkat 400 peratus,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]VJ-Zb9aAU4s[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori