Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Saleem Penyanyi Unik, Sukar...

KUALA LUMPUR - Pemergian Allahyarham Saleem satu kehilangan besar kepada industri muzik tanah...

Rakam Paha Wanita: Jurutera...

KUALA LUMPUR - Padah merakam paha seorang wanita yang sedang menaiki eskalator, seorang...

Gagal Di PP… LKS...

SELEPAS gagal untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang... pemimpin veteran DAP...

4 Mayat Pelajar Politeknik...

DUNGUN - Mayat terakhir pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), yang hilang...

Dicerai Kerana Berahsia Miliki Telefon Bimbit

RIYADH – Seorang lelaki tempatan menceraikan isterinya di Arab Saudi selepas mendapati wanita itu memiliki telefon bimbit, mengingkari arahannya supaya dia tidak menggunakan alat komunikasi tersebut.

Si suami hanya mengetahui mengenai kewujudan telefon berkenaan apabila mereka berdua memasuki sebuah hotel di Jazan, wilayah di selatan Arab Saudi, dan perlu melalui mesin pengimbas keselamatan.

Pintu pengesan itu berbunyi sebaik isterinya berjalan melaluinya, menyebabkan anggota keselamatan memintanya mengeluarkan objek logam termasuk telefon bimbit, kata satu sumber kepada portal berita Al Marsad.

“Dalam keadaan resah wanita itu mengeluarkan telefon bimbitnya. Sebaik melihatnya, suami berang dan bawa isterinya ke tempat letak kereta di luar hotel itu. Wanita itu mengikutinya sambil minta maaf,” kata sumber itu.


“Mereka dilihat bertengkar dan suaminya menuduh wanita terbabit cuba sengaja menyembunyikan telefon selular tersebut untuk digunakannya bagi sesuatu tujuan yang dia tidak mahu suaminya sendiri tahu.

“Lelaki itu kemudian bertindak nekad menceraikan isterinya sebelum meninggalkan kawasan letak kereta di situ,” lapor akhbar tempatan Sada. – Agensi/myMetro Online

Baca: Saudi Haram Rakam Gambar, Video Dalam Sekolah

Juga: Sanggup Bayar RM255,000 Untuk Nombor Telefon

Lagi: Suami Ceraikan Isteri Sebab Tak Balas WhatsApp

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori