Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bangkai 2 Helikopter Terbabit...

LUMUT: Bangkai dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di...

Menteri Besar Pahang Diketahui...

KUANTAN - Teka-teki sama ada Datuk Seri Adnan Yaakob akan terus kekal menjadi...

Wajibkan Rumah Baharu Dipasang...

KUALA LUMPUR — Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bercadang menggubal satu rang undang-undang...

Felda Bayar Zakat Berjumlah...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak hari ini menyampaikan bayaran zakat...

Dinding Papan Sekolah Roboh Dibina Pihak Lain – JKR

KUALA LUMPUR – Dinding papan sebuah bangunan di Sekolah Kebangsaan Jasin, Melaka yang terjatuh akibat ditiup angin kencang baru-baru ini bukan dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

JKR dalam satu kenyataan media memberitahu, dinding yang roboh dan menghempap seorang murid tahun dua sekolah berkenaan dibina oleh pihak lain bagi mengubahsuai bangunan itu menjadi dewan tertutup.

“JKR telah segera menjalankan siasatan dan mendapati bahawa dewan terbuka sekolah yang telah dibina sejak tahun 1961 itu telah diubah suai oleh pihak lain untuk menjadikannya dewan tertutup.

“Hasil lawatan JKR bersama pihak sekolah dan pendidikan daerah mendapati bahawa kerja pengubahsuaian tersebut kurang sempurna dan tidak kukuh serta perlu bina semula untuk mengelak kejadian yang sama daripada berulang,” kata kenyataan itu hari ini.

Media pada 25 Februari lalu melaporkan seorang murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Jasin cedera di tangan dan pinggang akibat dihempap dinding papan sebuah bangunan ktika angin kencang melanda kawasan sekolah itu.


Dalam kejadian pada pukul 12.46 tengah hari itu, mangsa, Nurul Izatul Amira Zakaria, 8, dikatakan sedang berjalan seorang diri melalui bilik darjah tersebut sebelum dinding papan tersebut tiba-tiba terjatuh kerana tiupan angin kencang dan menghempap murid berkenaan.

JKR memaklumkan, anggaran kos untuk membaik pulih kerosakan itu sudah disediakan oleh JKR dan Kementerian Pendidikan telah menyatakan persetujuan secara dasar untuk JKR melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian tersebut dengan segera.

“JKR akan membuat tawaran dalam masa terdekat sejurus mendapat wang peruntukan daripada Kementerian Pendidikan,” katanya. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • JKR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori