RASANYA sudah lama tidak mendengar gosip atau cerita-cerita panas berkaitan seorang pelakon kacak dan tampan, berkulit sawo matang ini yang menjadi kegilaan wanita Malaysia iaitu Remy Ishak.
Setelah sekian lama sepi tanpa sebarang gosip panas, kini Remy dituduh ciplak wangian Che Ta. Wangian yang diberi nama RUMI itu adalah inspirasi nama wataknya dalam drama terbitan Astro iaitu Rumi & Jawi.
Minyak wangi ini dikeluarkan di bawah syarikat miliknya iaitu By Remy Ishak pada harga RM49.90 sebotol dengan isi kandungan kira-kira 35 mililiter.
Selama dua minggu masa diambil oleh Remy untuk menghasilkan wangian ini dengan mengadunkan wangian jenama antarabangsa, malah pati untuk menghasilkan wangian tersebut juga dibawa khas dari Paris.
Wangian yang diberi nama RUMI BY REMY ISHAK ini didatangkan dengan dua jenis haruman, iaitu bunga-bungaan dikhaskan untuk wanita manakala kayu-kayuan pula untuk imej maskulin lelaki.
Berkenaan isu menciplak wangian Che Ta, Precious By RCW, Remy menegaskan bahawa dia tidak pernah pun mencuba wangian tersebut dan kemungkinan ia adalah satu kebetulan semata-mata.
RUMI merupakan produk sulung beliau atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 33 tahun; setelah sedekad aktor ini berada dalam industri seni tanah air.
Majlis pelancarannya telah diadakan di Hotel Royal Chulan di Kuala Lumpur semalam.
Bagi peminat Remy bolehlah dapatkan wangian RUMI ini, sekiranya anda ingin mengetahui jenis bauan yang bagaimana disukai oleh Remy dan jika mahu berbau wangi seperti Remy Ishak. –MYNEWSHUB.CC
Hye semua. Saya salah seorang daripada stokis RUMI keluaran Remy Ishak. Saya membuat promosi kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi agen atau belian borong dengan harga yang hebat. Boleh whatsapp saya di 013-4138336 untuk keterangan lanjut. RUMI merupakan antara perfume artis yang sangat wangi baunya dan disukai ramai. Jangan lepaskan peluang anda untuk turut mewangi bersama RUMI.