Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

“Apa Beza Awak Dengan...

SEPUCUK surat mencetus gelak tawa netizen apabila cubaan seorang kanak-kanak lelaki ‘mengorat’ gadis yang diminatinya...

Tingkat Kesedaran Awam Cabaran...

PUTRAJAYA - Meningkatkan kesedaran awam mengenai pemeliharaan alam sekitar kekal sebagai cabaran terbesar...

Betul Ke Lelaki Gemuk,...

PERCAYA atau tidak, mengikut kajian, lelaki yang boroi dipercayai lebih penyayang dan seksi?...

Insiden Di Stadium Shah...

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin optimis aksi final kedua Piala...

Dua Suspek Mengaku Tidak Bersalah Bom Kuil Erawan

BANGKOK – Dua etnik minoriti Uighur mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengebom Kuil Erawan di Bangkok, Ogos tahun lepas yang mengorbankan 20 orang termasuk beberapa rakyat Malaysia serta mencederakan lebih 120 mangsa.

Bilal Mohamed, 31, dan Yusufu Mierali, 27, dari Xinjiang, China membuat pengakuan itu menerusi jurubahasa ketika ditanya hakim sewaktu perbicaraan di mahkamah tentera, di sini hari ini.

“Tidak bersalah atas semua tuduhan,” kata mereka kepada hakim, terhadap 10 dan lapan pertuduhan, masing-masing kepada Bilal yang turut dikenali sebagai ‘Adam Karadeg’ dan Yusufu apabila dibacakan kepada mereka hari ini.

Antara tuduhan itu adalah memiliki bahan letupan, menggunakan bahan letupan untuk membunuh, membawa senjata, mengakibatkan letupan, merancang pembunuhan, memiliki peluru dan merosakkan harta benda.

Bilal yang diwakili peguam, Schuchart Kanpai turut dikenakan tuduhan tambahan memasuki Thailand secara haram.

Sementara itu, Yusufu yang diwakili peguam yang dilantik mahkamah tentera, berkata beliau mahu melantik peguam awam untuk mewakilinya dalam perbicaraan itu.


“Saya sudah dipenjarakan selama enam bulan dan mereka telah menahan orang Islam yang tidak bersalah,” katanya kepada mahkamah mengenai permohonannya melantik peguam awam bagi mempercepatkan perbicaraan itu.

Mahkmamah kemudian menetapkan 20 hingga 22 April ini untuk memeriksa dan menguji bukti daripada semua pihak.

Keadaan di sekitar mahkamah itu dikawal ketat apabla kedua-dua suspek tiba di situ dari penjara tentera di daerah Dusit, di mana mereka ditempatkan tanpa jaminan sejak ditahan.

Bilal ditahan pihak berkuasa Thailand di sebuah apartmen di daerah Nong Chok di sini pada 29 Ogos lepas manakala Yusufu diberkas di sempadan Thai-Kemboja pada 1 Sept tahun lalu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]nZYb5Eg5Lbk[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bom

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori