RAMAI peminat pelakon Erin Malek sudah mengetahui mengenai penghijrahannya yang mengenakan hijab sejak sebulan lalu.
Sejak bergelar ibu pada Oktober tahun lalu, Erin pun nampaknya sudah pun memperlahankan karier lakonan yang diceburi sejaknya kecil lagi.
Mengakui dirinya kini sudah berhijab sepenuhnya, Erin sebenarnya sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi seorang muslimah sejati dan akhirnya ia terlaksana pada Januari lalu.
Menurut Erin lagi, suaminya, Farriz Fauzy, seorang ahli perniagaan memberi sokongan penuh terhadap perubahan imejnya itu.
“Nak pakai tudung sudah lama rasanya, kadang-kadang di rumah pernah juga bertanyakan kepada adik saya, mengenai tudung ini kerana ialah saya takut tidak bersedia. Alhamdulillah, kini saya sudah pun bertudung.
“Suami saya gembira dengan perubahan ini, kerana katanya kurang sedikit dosa yang perlu ditanggungnya kelak,” katanya memetik portal Rotikaya. – MYNEWSHUB.CC