KUALA TERENGGANU – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini memberi jaminan bekalan barang-barang keperluan untuk musim perayaan Tahun Baru Cina mencukupi di Terengganu.
Pengarah FAMA negeri Hasan Jusoh berkata barang-barang keperluan itu boleh didapati di semua pasar tani di seluruh negeri Terengganu mulai hari ini.
“Orang ramai tidak perlu bimbang kerana semua bekalan barangan seperti ikan, daging dan sayur-sayuran mencukupi untuk musim perayaan ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata untuk Tahun Baru Cina ini juga FAMA akan menawarkan harga istemewa dengan kadar pengurangan harga lima peratus untuk barangan basah manakala barangan kering seperti pokok bunga sebanyak 20 peratus.
Pada masa ini terdapat 21 pasar tani di Terengganu dengan jualan bulanan antara RM5 juta hingga RM10 juta dan tahun ini FAMA menyasarkan jualan keseluruhan pasar tani di Terengganu akan meningkat kepada RM68 juta. – BERNAMA