Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin, Hadi Bertemu Abang...

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin memaklumkan dia menerima kunjungan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS)...

THT Sasar Satu Piala...

KUALA TERENGGANU – Juara bertahan hoki Piala TNB, Terengganu Hockey Team (THT) menyasasarkan...

Bomba Pantau Lokasi Runtuhan...

KUALA LUMPUR :Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terus memantau di lokasi kejadian...

Serangan Paris: Saya Selamat,...

BAGI yang mengikut perkembangan artis comel, Emma Maembong menerusi Instagram, pastinya mengetahui pelakon...

Fasa Kedua RTC Sungai Rambai Beroperasi Jun Tahun Ini

JASIN – Fasa Kedua Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai bernilai RM3 juta akan dibangunkan di kawasan Hentian Rehat dan Rawat Sungai Rambai, Lebuhraya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) arah selatan.

Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka Datuk Hasan Abdul Rahman berkata fasa kedua berkenaan yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada Jun depan akan menjadi pusat pengumpulan hasil pertanian, perladangan, ternakan dan hasil laut untuk dipasarkan kepada penduduk setempat.

Beliau berkata fasa tambahan RTC itu memberikan tumpuan khusus terhadap pelbagai aktiviti ekonomi bagi menaik taraf kehidupan penduduk setempat.

“Inisiatif untuk membangunkan fasa kedua RTC ini disebabkan sambutan yang baik terhadap perkhidmatan yang ditawarkan di fasa pertama RTC Sungai Rambai dengan lebih 80,000 pengunjung sejak ia dibuka pada 1 Disember lepas,” katanya kepada Bernama di sini.

Fasa pertama RTC Sungai Rambai bernilai RM2.5 juta di kawasan seluas 3.6 hektar dibangunkan di Hentian Rehat dan Rawat Sungai Rambai, Lebuhraya AMJ menghala ke utara.

Sebanyak 28 agensi kerajaan, swasta dan bandan berkanun ditempatkan di pusat sehenti itu bagi memberi perkhidmatan kepada penduduk di kawasan itu.


Mengulas lanjut, Hasan berkata fasa kedua RTC itu akan menempatkan beberapa agensi dalam bidang pertanian, keusahawanan dan penternakan bagi memudahkan penduduk setempat mendapatkan rujukan atau bantuan untuk menceburi bidang berkenaan.

Beliau berkata antara agensi terlibat ialah Felcra Bhd, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Katanya pusat sehenti itu juga diharap dapat menjadi pemangkin untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda di daerah itu pada masa hadapan melalui aktiviti ekonomi yang diwujudkan di sana. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori