INGAT lagi dengan seorang gadis yang pernah mengagumkan Justin Bierber hinggakan penyanyi berkenaan menulis `OMG Who is This!‘ dalam instagramnya?
Gadis itu, Cindy Kimberlu, 17, sepatutnya berterima kasih kepada Bieber kerana berjaya menjadikan dia popular dan dilaporkan telah menandatangani kontrak dengan agensi modeling terkenal di Sepanyol.
Cindy merupakan pelajar dari Belanda yang kini menetap di Costa Blanca dan sebelum ini mencari duit dengan menjadi pengasuh pada kadar kira-kira RM10 sejam
Dia dijangka memperagakan pakaian pada bulan ini dalam minggu fesyen Mercedes Benz, iaitu satu acara berprestij.
Dia yang masih bersekolah mengakui kehidupannya umpama cerita dongeng dan menjadi terkenal dalam sekelip mata gara-gara Bieber.
“Apabila saya mendapati Justin bertanyakan mengenai saya, saya menjadi emosi kerana saya merupakan peminatnya sejak lebih enam tahun lalu.
“Ia seperti cerita dongeng,” katanya.
Jelas Cindy, sebelum ini rakan-rakannya pernah menyatakan bahawa suatu masa nanti Justin akan bercakap mengenainya, tetapi dia enggan mempercayainya.
“Hidup saya berubah selepas itu. Pada mulanya saya sukar mengawalnya, namun kini saya sudah membiasakan diri,” katanya. – Mynewshub.cc
[wpdevart_youtube]VrRSsMLv1gk[/wpdevart_youtube]