KEMERIAHAN majlis persandingan salah seorang pereka fesyen jenama duo terkenal Rizman Ruzaini iaitu Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil, 32, tidak dapat dinafikan.
Ini kerana para tetamu dan selebriti yang hadir pada majlis berkenaan tampil mengikut tema Bollywood.
Bagaimanapun di sebalik sekian ramai tetamu melaram sakan di majlis resepsi yang berlangsung di Hotel Majestic Kuala Lumpur itu, ada seorang paling menjadi perhatian.
Dirinya boleh dikatakan paling jadi tumpuan ketika majlis dan kini, gambarnya dikongsikan di ruang maya dengan kesemua yang menatap pasti tertawan dan tak jemu melihatnya.
Individu yang menjadi tumpuan majlis hingga mengalahkan glamor Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Fazura, Erra Fazira mahupun Scha Al Yahya itu tak lain tak bukan.. anak dara Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana.
Lihatlah gambar-gambar budak gebu ni.. siapa yang tak geram kan? – MYNEWSHUB.CC
Oleh: Rem Ramzi