Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penumpang Cerita Detik Awal...

BERDEPAN dengan insiden cemas seorang lelaki mengancam untuk meletupkan pesawat, pastinya menjadi 1001...

Jangan Kunjung-Mengunjung, Ziarah Kubur...

PUTRAJAYA - Orang ramai diingatkan tidak mengunjungi dan menziarahi tanah perkuburan pada Hari...

Isu Air, Elektrik Di...

PUTRAJAYA - Isu bekalan air bersih dan elektrik yang membelenggu penduduk luar bandar...

Inspektor ‘Lalok’ Dipenjara 15...

INSPEKTOR polis dihukum penjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret Sandakan, hari ini atas...

Gangguan Bekalan Air Di Port Dickson Selama 2 Hari

SEREMBAN – Penduduk di beberapa kawasan di daerah Port Dickson di sini akan mengalami gangguan bekalan air selama dua hari mulai 16 Feb berikutan kerja-kerja membaiki kebocoran injap paip Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains).

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Sains Norzita Ismail berkata beberapa kawasan yang terjejas di Port Dickson mulai 8 pagi ialah Taman Orkid, Taman Puteri, Shell Refinery, Taman Nesa, Taman Koperasi Setia, Shell Gate Kampung Arab, Taman Sri Mawar.

Kampung Air Meleleh, Kampung Gelam, Stesen Jana Kuasa Tenaga Nasional Bhd (TNB), Taman Bukit Samudra, Taman Bakti, Tanjung Gemok, Hotel Grand Lexis, Hotel Glory Beach Resort, Kampung Paya Jalan Seremban, Kuala Lukut Jalan Seremban, Bandar Dataran Seremban, Bandar Dataran Segar, Lukut sehingga Bandar Spring Hill.

Turut terlibat ialah Simpang Bukit Palong, Taman D’Ambang Kota, Flat D’Pinggiran Kota, Kebun Jimah, Taman Perindustrian Perdana Bukit Palong, Kampung Cina Site C, Taman Jimah Jaya, Chuah, Jimah Power, Kualiti Alam, Tanah Merah, Site A Tanah Merah, Bukit Pelandok, Kampung Chuah, Taman Sri Aman Lukut, Jalan Batu 6 Jalan Seremban, Kampung Setia Batu 6 Jalan Seremban, Taman Sri Lukut, Sekolah Memandu Empat Sempurna, Taman Indah Jaya, Taman Perindustrian Lukut Indah, Taman Tun Sambathan dan Taman Wawasan Bukit Palong.

“Penghantaran lori tangki dan penempatan tangki statik akan dilaksanakan sekiranya gangguan melebihi 24 jam (selepas tempoh penutupan).


“Bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat. Walau bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pembaikan lebih lama,” kata Norzita dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kerja-kerja ini merupakan antara usaha berterusan Sains dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan.

Sehubungan itu, pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian 1-800-88-6982. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori