Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Saham AirAsia, AirAsia X...

KUALA LUMPUR - Saham AirAsia Group Bhd. dan AirAsia X Bhd. di Bursa...

Kerajaan Beku Akaun Keluarga...

DOHA - Anggota keluarga diraja kontroversi Qatar berkata pihak berkuasa negara itu membekukan...

Pesawat EgyptAir Mendarat Cemas...

KAHERAH - Ancaman bom memaksa pesawat EgyptAir dalam penerbangan dari sini ke Beijing...

Kes Kematian Kucing: Seorang...

KUALA LUMPUR - Seorang lagi suspek berhubung kes penderaan seekor kucing yang dimasukkan...

“Gelaran Anak Cacat Yang Diberi Guris Hati Kami”

Seremban – “Gelaran anak cacat yang sering dilemparkan masyarakat setempat terhadap anak kami, sangat mengguris hati.

“Meskipun dia (anak) menghidap sakit saraf tetapi mata dan telinganya masih berfungsi,” kata Adli Isham Abas, 38, mengenai anaknya, Ahmad Wafly, 5, yang menghidap penyakit saraf sejak berusia empat bulan.

Ahmad Wafly menghidap penyakit itu secara mendadak hingga menyebabkan dia tidak boleh duduk dan hanya berbaring sepanjang masa.

Adli berkata, anaknya itu dilahirkan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini, dan normal seperti bayi lain, namun semuanya berubah sekelip mata ketika berusia empat bulan.

“Ketika itu, Wafly sedang bermain bersama sepupunya di ruang tamu dan secara tiba-tiba badannya menjadi lembik dan saya segera membawanya ke HTJ.


“Anak saya dirujuk kepada doktor pakar yang mengesahkan dia menghadapi masalah saraf, tetapi puncanya masih gagal dikesan.

“Anak saya memerlukan susu dan makanan khas serta vitamin yang perlu diberikan setiap hari dengan kos hampir RM3,000 sebulan,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Rumah Rakyat Panchor, di sini, kelmarin. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori