TERSEBAR menerusi laman sosial sekeping gambar dimuat naik oleh seorang wanita yang dipercayai bertugas sebagai guru, berkaitan sekeping nota yang dilekatkan di atas buku Iqra’.
Di atas nota berkenaan tertulis amaran yang menyatakan supaya guru terbabit tidak menconteng buku Iqra’ tersebut kerana ia dibeli bukan menggunakan hasil duit guru berkenaan.
Jelas nota tersebut lagi, bahawa waris kepada pemilik buku berkenaan tidak berpuas hati akan cara pengajaran oleh guru terbabit.
Gambar nota yang dilekat pada buku Iqra’ berkenaan mula dimuat naik ke akaun Facebook milik seorang penulis, Norhayati Berahim, dan mula viral sejak Khamis.
Tindakan ibu bapa berkenaan nampaknya telah menimbulkan rasa tidak puas hati netizen, khususnya golongan pendidik dan sebahagian ibu bapa.
Rata-rata berpendapat bahawa, ia merupakan satu proses pembelajaran. Contengan ibarat nota yang memudahkan untuk difahami dan peringatan untuk masa hadapan supaya kesalahan sama tidak berulang.
Ramai dalam  kalangan ibu bapa yang turut menyuarakan pandangan berkenaan isu terbabit, kebanyakkannya tidak bersetuju dengan tindakan itu.
Jika dibandingkan proses pembelajaran dan pengajaran zaman dahulu jauh berbeza dengan hari ini. Guru tidak berhak untuk hukum pelajarnya, jika berbuat sedemikian, guru pula yang akan dimarahi oleh ibu bapa pelajar terbabit.
Nasihat MYNEWSHUB kepada ibu bapa diluar sana, usah melenting tanpa mengetahui perkara yang sebenar. Guru ibarat lilin yang membakar diri berkorban demi menerangi orang lain. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=bTBngo5qHH0]