Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

7,703 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu Covid-19 yang dilapor hari ini tidak banyak...

PRU14: 14,000 APM Bertugas...

KUALA TERENGGANU - Seramai 14,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di seluruh...

Polis Rampas 61 Paket...

JEMPOL - Polis merampas dadah jenis heroin seberat 400.63 gram dan syabu seberat...

Pusat Pemindahan Banjir Dibuka...

KUALA TERENGGANU - Beberapa penduduk Kampung Mengabang Telung terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan...

Hantar Sisa Makanan Ke Kilang Pemprosesan Baja Organik

KOTA KINABALU – Pengusaha restoran dan hotel di Sabah disaran menghantar sisa makanan ke kilang pemprosesan baja organik yang ada di negeri ini untuk diproses menjadi produk baja bersifat mesra alam, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Makanan negeri berkata dengan menghantar sisa makanan di kilang berkenaan, ia dapat mengurangkan pencemaran selain melupuskan sisa makanan secara lebih efektif dan inovatif.

“Kawasan-kawasan perumahan juga boleh melakukan perkara sama dengan menghubungi seterusnya menghantar sisa makanan ke kilang memproses baja organik untuk dijadikan produk baja yang bermanfaat kepada sektor pertanian,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas melawat Glomus Ecology Sdn Bhd, sebuah kilang pemprosesan baja organik, yang terletak di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) di sini, Selasa.

Menurutnya syarikat terbabit boleh digunakan sebagai saluran melupuskan pembuangan sisa makanan yang lebih efisien memandangkan mereka menawarkan dan menerima sisa makanan untuk diproses menjadi baja organik.

Mengenai baja organik, Yahya turut menyarankan petani tempatan supaya memilih baja itu kerana ia bersifat mesra alam dan selamat selain tidak mengandungi bahan kimia yang membahayakan kesihatan.


“Penggunaan baja organik juga boleh meningkatkan produktiviti dan kualiti tanaman serta kebersihan kebun terjaga,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jualan dan Pemasaran Glomus Ecology Sdn Bhd Julian Mickey Niun berkata syarikat itu mencatat sehingga 1,000 tan metrik penjualan baja organik tahun lepas.

Melihat kepada permintaan menggalakkan itu, Julian berkata, syarikat tersebut akan mengembangkan lagi potensi dengan membina sebuah kilang memproses baja organik untuk menghasilkan 12,000 metrik tan baja organik setahun.

Glomus Ecology Sdn Bhd, yang ditubuhkan pada 2010 itu, merupakan kilang pemprosesan baja organik pertama di Sabah berkonsepkan teknologi hijau dengan memproses semula sisa makanan kepada baja organik dalam tempoh 24 jam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori