Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Calon PKR Dimuktamadkan Sebelum...

KUALA LUMPUR : Calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) oleh PKR berdasarkan lima...

Tak Ada Duit Nak...

KUALA LUMPUR - Seorang bakal pengantin telahĀ membuat laporan polis malam Ahad laluĀ kerana mendakwa...

KRT Kekal Bawah Pentadbiran...

SHAH ALAM - Program Kawasan Rukun Tetangga (KRT) akan terus dilaksanakan di bawah...

2,400 Kes Kebakaran Sepanjang...

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 2,400 kes kebakaran direkodkan di seluruh negara sepanjang musim...

Hilangnya Mercu Sejarah, Bina Hotel Bertaraf Lima Bintang

GEORGE TOWN – Sebahagian struktur bangunan warisan di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, dirobohkan dipercayai bagi memberi laluan kepada pembinaan hotel bertaraf lima bintang dan bangunan komersial di situ.

Tinjauan mendapati beberapa bahagian di tapak bangunan kolonial berusia 208 tahun itu sudah dirobohkan tetapi yang anehnya, langsung tiada papan tanda mengenai pemberitahuan projek tersebut.

Jurucakap Persatuan Warisan Pulau Pinang (PHT) berkata, pihaknya menerima maklumat kerja perobohan bangunan warisan itu dijalankan pada Isnin lalu iaitu ketika sambutan Tahun Baharu Cina.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œKami mahu penjelasan daripada pihak kerajaan negeri, mengapa kerja perobohon dijalankan pada hari cuti umum, seolah-olah mereka mahu menutup sesuatu,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā katanya.

Bangunan warisan yang dikenali sebagai Hotel Runnymede itu terletak di atas tanah seluas 0.8 hektar berhampiran pesisiran pantai, sekali gus menjadikan ia antara hartanah yang paling bernilai di Pulau Pinang.

Hotel Runnymede pernah didiami Sir Stamford Raffles pada 1805 ketika Raffles bertugas sebagai Penolong Setiausaha kepada Gabenor Pulau Pinang, Robert Townsend Farquhar.


Selepas itu, Hotel Runnymede turut mengalami banyak perubahan termasuk pernah dijadikan sebagai hospital tentera British ketika zaman Perang Dunia Kedua meletus.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu lintas, dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow berkata, pihaknya sudah mengeluarkan Pelan Kebenaran Merancang (PKM) kepada pemaju terbabit.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œBagaimanapun, PKM itu tidak membabitkan Hotel Runnymede. Kerja perobohan hanya dijalankan di beberapa struktur kawasan sekitar tapak hotel berkenaan sahaja.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œSelain itu, kita akan menyiasat bagaimana kerja perobohon itu boleh dijalankan pada hari cuti umum,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā katanya. – Harian Metro

Baca: Kerajaan DAP Pulau Pinang Hapuskan Warisan Negeri

Juga: Kerajaan DAP Pulau Pinang Tidak Peduli Alam Sekitar?

Lagi: Kerajaan DAP Usir Melayu Keluar Pulau Pinang ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ PAS

[wpdevart_youtube]a_kJHana8og[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori