Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

3 Aktivis Dibenar Rujuk...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan tiga aktivis...

Kos Baharu Setiap Stesen...

KUALA LUMPUR – Penurunan kos pembinaan bagi fasa 1 dan 2 Projek Landasan...

Sivakumar Nafi Pejabat, Rumah...

PUTRAJAYA : Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar menafikan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

PLUS Tutup Lorong Tambah...

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup semua lorong tambah nilai...

Hot FM Anjur Game Teka Nama Stesen Radio Baru

SEPERTI yang ramai sedia maklum, Media Prima Radio bakal memperkenalkan sebuah lagi stesen radio baharu yang bernaung di bawah bumbung mereka.

Selepas megah berdiri dengan tiga stesen radio popular iaitu Hot Fm, Fly Fm dan One Fm, bakal muncul ‘adik bongsu’ mereka yang dulunya dikenali sebagai Ultra Fm.

Siaran stesen ini sudah pun dapat didengar di Lembah Klang termasuk wilayah Pahang Barat, Perak Selatan dan Negeri Sembilan Utara menerusi frekuensi FM101.3 MHz.

Buat masa ini masih dalam percubaan dan stesen ini turut mengambil alih Pi Mai FM yang pernah ke udara di Pulau Pinang termasuk sebahagian Kedah dan Perak melalui FM90.2 MHz.

Kedua-dua stesen ini pada asalnya dimiliki oleh Copyright Laureate Sdn. Bhd. sebelum diambil alih Media Prima akhir tahun lalu yang kini juga mengendalikan stesen TV3, ntv7, 8TV dan TV9.


Bagi memeriahkan lagi kedatangan stesen radio baharu itu, pihak Hot Fm telah mengadakan satu permainan iaitu cuba meneka apakah nama saluran radio baharu itu.

Untuk pengetahuan anda, antara penyampai yang bakal berkumandang suara mereka di stesen itu kelak ialah bekas deejay terkenal Hot Fm iaitu Ag, Liza dan Ikhwan.

Agak-agaknya apakah nama stesen radio itu yang bakal bersiaran secara rasmi 1 Mac nanti ya? Jom ayuh kita teka! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori