Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

62 Penagih Dadah Ditahan...

TAWAU - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Tawau menahan 62 individu dipercayai penagih dadah...

Jaminan Pinjaman 1MDB Berjumlah...

KUALA LUMPUR : Jaminan pinjaman syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjumlah RM18.17 bilion...

BN Sasar Menang 10...

BANDAR BAHARU: Sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen di Kedah menjadi sasaran Barisan Nasional (BN)...

VIDEO : Bebas Cukai...

TUMPAT (Kelantan) - Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor yang biasanya menjadi tumpuan orang...

Hutan Simpan Kekal Bukit Larut Diteroka Secara Haram

TAIPING – Kira-kira lima hektar kawasan di dalam Hutan Simpan Kekal Bukit Larut, Berapit dekat sini didakwa diteroka secara haram oleh pihak tertentu dipercayai untuk tujuan pertanian.

Penyelidik lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM) Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata tinjauan yang dilakukan pertubuhan bukan kerajaan itu hari ini mendapati kawasan berkenaan dijadikan tempat penanaman pisang dan buah-buahan.

Tinjauan turut mendapati terdapat jalan bersimen yang sempit di situ dan hanya boleh dilalui motosikal dipercayai bagi mengelak pihak berkuasa daripada memasuki kawasan berkenaan, katanya.

Meor Razak berkata pihaknya percaya pencerobohan itu berlaku beberapa tahun lalu tanpa disedari Jabatan Perhutanan negeri hingga menyebabkan kerosakan ekosistem hutan termasuk hidupan liar.

“Kelemahan penguatkuasa dan tiada aduan menyebabkan kegiatan itu tidak diambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di hutan berkenaan.


Justeru, Meor Razak meminta Jabatan Perhutanan mengambil langkah perlu untuk memastikan hidupan liar tidak terancam selain mahu pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan kerana menceroboh hutan simpan milik kerajaan.

Hutan Simpan Kekal Bukit Larut berkeluasan 6,878 hektar itu diwartakan sejak 1910. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori