Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Deepavali: Trafik Bakal Sesak...

SINGAPURA - Aliran trafik di pusat pemeriksaan darat Woodlands dan Tuas dijangka sesak...

Bayi 11 Hari Ditikam...

Vietnam – Kesian bayi ini kerana menjadi mangsa `orang gila’. Dia baru berusia...

Terengganu Akan Anjur Kursus...

HULU TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu akan mengadakan kursus kesedaran kepada golongan 'mak...

Media Prima Beli Anak...

KUALA LUMPUR - Media Prima Digital Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh tidak...

Ibu ‘Perasan’ Muda, Berpakaian Sama Seperti Anak Umur 14 Tahun

SEORANG wanita yang muncul di kaca televisyen untuk menunjukkan bahawa dia seiras anak perempuannya yang berusia 14 tahun, telah dikecam dalam media sosial kerana menjadikan dirinya sebagai bahan lawak.

Donna Galt yang sudah pun berumur 33 tahun, dan anaknya, Mya menjadi viral selepas mendakwa orang ramai sukar membezakan antara kedua-duanya.

Namun apabila Donna memberitahu rancangan This Morning terbitan stesen ITV di Britain bahawa orang selalu menyangka bahawa dia adalah Mya, ramai netizen yang ketawa.

“Kami tidak selalu berpakaian serupa kerana saya seorang ibu yang bekerja tetapi apabila ke konsert, kami akan berpakaian sama,” kata Donna.

Manakala Mya pula berkata dia mempunyai minat yang sama dengan ibunya dan tidak kisah apabila berpakaian sama.

Namun tindakan mereka itu mendapat kecaman dan sindiran ramai terutama kaum ibu.


Ramai yang berpendapat kedua-duanya tidak seiras sebaliknya wajah Donna menggambarkan umur sebenarnya, bukan remaja seperti yang didakwanya.

Malah ada yang memberikan komen lebih keras dengan menyatakan bahawa sangat mudah untuk membezakan mana satu ibu, mana satu anak.

“Mereka nampak sama kerana Donna konon cuba untuk menjadi sama seperti anaknya,” kata netizen. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]x0IAhPAVkUs[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori