Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kematian Covid-19 Tertinggi Di...

PUTRAJAYA – Sarawak mencatatkan kematian tertinggi Covid-19 dengan 40 kes daripada 192 kes...

Ayam Keluaran Kilang Terkenal...

IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengesahkan sijil halal PCK Processing and...

Remaja Didakwa Edar 15.75kg...

Sepang : Seorang remaja berusia 19 tahun berhadapan dengan hukuman mati selepas dihadapkan...

RM2.2 Juta Wang Ihsan...

PASIR MAS - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan wang ihsan sebanyak RM2.2 juta untuk diagihkan...

Imigresen Teluk Intan Tahan 6 GRO China

TELUK INTAN – Jabatan Imigresen Teluk Intan menahan lima wanita warga China yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah premis perniagaan di Jalan Speedy, di sini lewat petang semalam.

Ketua Cawangan Teluk Intan Khairul Anuar Sulaiman berkata, bertindak atas maklumat awam, pihaknya menyerbu premis yang beralamat di kantin padang bola keranjang itu pada 6.35 petang dan menahan semua wanita berusia antara 26 dan 52 tahun.

“Ketika pemeriksaan Ops Selera dilakukan, kesemua wanita berkenaan sedang melayani pelanggan di premis perniagaan tersebut,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Menurutnya, kesemua wanita berkenaan didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Seksyen 51 (3)(a) Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) dan ditahan di bawah Seksyen 51(5)(b) akta sama.


Mereka direman 14 hari mulai semalam dan ditahan di Depoh Tahanan Imigresen Langkap.

Siasatan dijalankan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (pindaan 2010). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori