Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bayi Hidap Sindrom Rambut...

TAYLOR McGowan baru berusia tujuh bulan tapi dia memiliki rambut yang unik dan...

Lelaki Vietnam Ditahan Samun...

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki Vietnam ditahan selepas menyamun seorang pekerja kilang yang...

PPIM Dakwa Banyak Kes...

KUALA LUMPUR - Semasa kes bayi berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi...

Maszlee Punyai Misi Kembalikan...

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata pelantikannya sebagai presiden Universiti...

Individu Miliki 13 Rekod Jenayah Ditahan, 10 Kes Pecah Rumah Selesai

JOHOR BAHARU – Pihak polis percaya dapat menyelesaikan 10 kes pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar bandar raya ini dengan penahanan seorang lelaki yang memiliki 13 rekod jenayah di Taman Sentosa di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata lelaki berusia 34 tahun dan merupakan penganggur itu ditahan kira-kira 5.20 petang ketika berada di dalam sebuah kereta yang dipercayai dicurinya di Taman Pelangi di sini dua minggu lepas.

“Lelaki itu bertindak mengundurkan keretanya dengan laju selepas menyedari kehadiran polis dan cuba merempuh kenderaan polis yang mengepungnya.

“Tindakan itu menyebabkan polis terpaksa melepaskan sedas tembakan di tayar hadapan kereta lelaki terbabit dan lelaki itu kemudian berjaya ditahan,” katanya selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan (JBS) dan pelancaran Kelab Karate JBS Tigers, di sini hari ini.

Beliau berkata polis kemudian merampas sejumlah barangan daripada lelaki terbabit termasuk alat perkakas pecah rumah seperti pemotong wayar dan kunci Allen.

Sulaiman berkata berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah, Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan serta Akta Pencegahan Jenayah 1959.


Mengenai penubuhan kelab karate terbabit, beliau berkata ia dapat memantapkan kemahiran mempertahankan diri dalam kalangan anggota polis dan keluarga mereka.

Beliau berkata buat masa ini kelab itu disertai 75 orang anggota termasuk tiga orang jurulatih terdiri daripada kalangan anggota polis.

“Setiap anggota dan pegawai polis kini diwajibkan untuk menyertai kokurikulum atau aktiviti sukan yang diminati setiap Khamis bagi menjaga kesihatan mereka. Karate adalah salah satu aktiviti yang dilakukan di IPD JBS bagi menjayakan hasrat terbabit,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori