Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Komplot Cemar Reputasi, SPRM...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat laporan polis terhadap...

Lulus RM25 Juta Kembalikan...

ALOR SETAR – Rungutan petani mengenai kekurangan benih padi sah bersubsidi bakal berakhir...

Dakwaan Darurat Diisytihar Di...

KOTA BHARU - Dakwaan kononnya negeri Kelantan telah diisytiharkan darurat berikutan keadaan banjir...

Ulang Tahun 71: Sang...

SEPANG - Bendera UMNO, Sang Saka Bangsa yang diarak sepanjang Larian Bendera sempena...

Indonesia Jamin Jerebu Tahun Ini Tidak Seteruk Tahun Lepas

JOHOR BAHRU – Kerajaan Indonesia memberi jaminan bahawa masalah jerebu pada tahun ini dijangka tidak seteruk tahun lepas berikutan langkah proaktif diambil negara jiran itu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Indonesia menyuarakan jaminan itu ketika pertemuan beliau dengan rakan sejawatannya di Jakarta, baru-baru ini.

Katanya, pada pertemuan itu, beliau telah dimaklumkan bahawa Indonesia melakukan pelbagai usaha bagi membendung masalah tersebut termasuk menarik balik tanah-tanah ladang pertanian daripada 20 konsesi pemilikan ladang.

Menurutnya, negara itu juga dikhabarkan bersetuju untuk membeli tiga buah pesawat Bombardier bagi membanteras pembakaran ladang itu secara lebih berkesan.

“Jadi, saya harap langkah ini mampu menyelesaikan isu yang ada dan pada masa sama kami akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Indonesia bagi mengatasi masalah ini secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja dan pertemuan bersama Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, di sini hari ini.

Tahun lepas, jerebu di negara dianggapkan yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah, dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang paling tinggi dicatatkan ialah 308 di Shah Alam, Selangor.


Keadaan itu memaksa sejumlah sekolah menengah dan rendah ditutup, manakala jadual penerbangan bagi beberapa syarikat penerbangan ditunda akibat ketampakan yang kurang jelas.

Dalam perkembangan lain, Wan Junaidi berkata projek pembangunan Johor yang melibatkan penambakan laut berdekatan sempadan Singapura tidak menjejaskan negara republik itu.

Malah, Singapura, katanya, tidak membantah atau menghalang mana-mana pembangunan yang dijalankan di Johor.

“Saya dapati ia belum mempunyai kesan memudaratkan kepada alam sekitar, baik Singapura atau Malaysia namun pemantauan rapi tetap dijalankan bagi memastikan pematuhan pihak pemaju terhadap peraturan berkaitan,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]DEqtUq-uA2U[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori